awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
14/01/2026
03:00 MYT
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini.
Anwar turut mendoakan Tuanku Muhriz, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, lindungan Allah SWT, dipanjangkan usia dan terus memayungi negeri dengan kebijaksanaan.
"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku. Daulat Tuanku," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Kecil Muda Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mendahului senarai 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua dijadualkan pada 20 Jan diikuti sesi ketiga 27 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
#Anwar Ibrahim
#Hari Keputeraan
#darjah kebesaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan