awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan di Puncak Jalil libatkan hampir sehektar, operasi pemadaman masih dijalankan
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM UK tetap dengan keputusan tidak sertai serangan AS-Israel ke atas Iran

Bernama
Bernama
03/03/2026
06:54 MYT
PM UK tetap dengan keputusan tidak sertai serangan AS-Israel ke atas Iran
Starmer memberikan maklumat terkini kepada Ahli Parlimen mengenai situasi di Iran di Dewan Rakyat. - Gambar fail
Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata pada Isnin beliau tetap dengan keputusannya untuk tidak melibatkan United Kingdom (UK) dalam pengeboman ke atas Iran yang kini dilakukan oleh AS dan Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Starmer memberikan maklumat terkini kepada Ahli Parlimen mengenai situasi di Iran di Dewan Rakyat.
Beliau mengulangi bahawa UK tidak terlibat dalam serangan awal ke atas Iran dan berkata keputusan itu "disengajakan" kerana kerajaan percaya hasil terbaik ialah penyelesaian menerusi rundingan.
"Kita tidak menyertai serangan AS dan Israel. Asas keputusan kita ialah pertahanan diri bersama-sama rakan dan sekutu lama serta melindungi nyawa rakyat British," katanya.
Merujuk pada kritikan Presiden AS Donald Trump, beliau berkata: "Menjadi kewajipan saya untuk menilai apa yang berkaitan kepentingan negara Britain. Itulah yang saya telah lakukan, dan saya tetap dengannya (keputusan itu)."
Trump berkata Starmer telah "mengambil masa terlalu lama" untuk memberikan akses pangkalan British kepada AS, menurut laporan The Telegraph.
Starmer berkata terdapat kira-kira 200,000 warga Britain di Asia Barat dan menyifatkan risiko terhadap mereka dari Iran sebagai "sangat membimbangkan".
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#UK
#Keir Starmer
#Iran
#AS
#serangan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan