awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum peruntukan RM100 juta untuk agensi penguatkuasaan

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2023
10:27 MYT
PM umum peruntukan RM100 juta untuk agensi penguatkuasaan
Perdana Menteri berharap peruntukan tersebut diagihkan kepada semua agensi penguat kuasa pada kadar segera selewat-lewatnya akhir minggu depan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada semua agensi penguatkuasaan tahun ini.
Anwar menjelaskan, peruntukan itu untuk diagihkan kepada semua agensi penguat kuasa bagi tujuan perbelanjaan, termasuk mengukuhkan kelengkapan dan untuk menyokong operasi penguatkuasaan.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
"Jadi saya setuju untuk tahun ini, enam bulan ini kita peruntukkan RM100 juta untuk semua ini membantu mereka melengkapkan apa saja keperluan di pejabat atau jabatan mereka," ujar beliau.
Perdana Menteri berharap peruntukan tersebut diagihkan kepada semua agensi penguat kuasa pada kadar segera selewat-lewatnya akhir minggu depan.
Beliau juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta setahun menambah baik Elaun Pakaian Seragam Kumpulan Pengurusan dan Profesional enam agensi penguat kuasa.
Penambahbaikan itu adalah untuk enam agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Penambahbaikan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM5,502,780 setahun," katanya.
Di majlis itu Anwar turut memberi jaminan aspek keselamatan, kebajikan anggota penguat kuasa diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#agensi penguatkuasaan
#ATM
#PDRM
#JPJ
#SPRM
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan