awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum peruntukan tambahan RM600 juta kepada PKS di Sabah, Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
13:19 MYT
PM umum peruntukan tambahan RM600 juta kepada PKS di Sabah, Sarawak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan khas tambahan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM600 juta untuk komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan khas tambahan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM600 juta untuk komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak.
Katanya, peruntukan tambahan itu diberikan selepas meneliti keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga seperti yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu.
Menurutnya, peruntukan RM600 juta itu akan diagihkan kepada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bentuk dana pinjaman mikro dan kemudahan jaminan pinjaman.
"Untuk Sabah dan Sarawak, saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga. Oleh itu, saya nak tambah.
"Sukacita diumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk komuniti PKS Sabah dan Sarawak dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan RM100 juta tambahan.
"Selain itu, peruntukan tambahan juga termasuk kemudahan jaminan pinjaman PKS daripada bank sebanyak RM500 juta," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Perdana Menteri menjelaskan Kerajaan Perpaduan perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kesenjangan di antara negeri-negeri Semenanjung, dan Sabah Sarawak.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Dewan Rakyat
#Sabah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan