awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna

Bernama
Bernama
04/09/2023
10:10 MYT
Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Anwar bersama Dr Zaliha Mustafa dan Onn Hafiz mengadakan lawatan ke HSA dan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur hospital berkenaan. -Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Projek pembinaan poliklinik dan tempat letak kenderaan bertingkat baharu yang akan dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, dijangka akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna hospital tersebut.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu, merupakan antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari, menyebabkan keadaannya menjadi padat serta sesak.
"Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan RM500 juta untuk menaik taraf HSA.
"Terima kasih perdana menteri atas kelulusan ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, petang semalam.
Semalam, Anwar bersama-sama Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan Onn Hafiz, mengadakan lawatan ke HSA dan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur hospital berkenaan.
Perdana Menteri berkata bagi fasa pertama projek itu, pembinaan parkir bertingkat akan dilaksanakan segera dengan proses pembinaan mesti dilakukan bermula tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#Hospital Sultanah Aminah
#tempat letak kenderaan bertingkat
#pesakit luar dan di wad kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan