awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil Rafizi kerana 'mahu bom Najib'

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
14/06/2016
02:41 MYT
Polis akan panggil Rafizi kerana 'mahu bom Najib'
Dalam ceramahnya di Kuala Kangsar pada 9 Jun lalu, Rafizi (tengah) ada berkata mahu bom Perdana Menteri. - fotoBERNAMA/Fail
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat terhadap dakwaan mahu mengebom Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.
"Rafizi pada 9 Jun berkata dalam ceramahnya mahu mengebom perdana menteri. Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini saya belum pasti berapa ramai akan dipanggil, saya belum dapat maklumat lagi. Ia dalam suasatan pihak polis," katanya semasa sidang media selepas membuat tinjauan perjalanan proses pengundian awal bagi Pilihan Raya (PRK) Kuala Kangsar.
Ia melibatkan sebanyak 292 daripada 312 anggota dan pegawai polis di Kompleks Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.
Semalam, beberapa penduduk tempatan membuat empat laporan polis kerana berang dengan tindakan Rafizi yang didakwa hendak mengebom Perdana Menteri sekiranya calon Parti Amanah Negara (Amanah) menang pada PRK Kuala Kangsar.
Dalam pada itu Abd Rahim menasihati parti yang bertanding atau penceramah agar tidak melakukan provokasi.
"Saya minta juga jangan melibatkan isu perkauman, keagamaan dan kebudayaan yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Rafizi Najib
#Rafizi news
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan