awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan rakam keterangan Tok Mat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2022
08:11 MYT
Polis akan rakam keterangan Tok Mat
Kertas siasatan telah dibuka susulan laporan polis dibuat Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan pada Rabu.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat berhubung satu kenyataan dibuat beliau yang didakwa menyinggung penganut agama Hindu.
Kenyataan tersebut dibuat Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dalam satu wawancara bersama sebuah portal berita antarabangsa baru-baru ini apabila rakaman audio sesi temu bual tersebut tular selepas dikongsi oleh wartawan berkenaan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan telah dibuka pihaknya susulan laporan polis dibuat Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan pada Rabu.
“Kita akan mengambil keterangan beberapa saksi lain sebelum memanggil Mohamad.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis terhadap Tok Mat berhubung kenyataannya dalam sebuah wawancara bersama media anatarabangsa yang didakwa menghina penganut agama hindu.
Menurut Gobi Krishnan, kenyataan Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang menyifatkan kejatuhan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) lepas berpunca daripada salah seorang pemimpin parti yang dianggap sebagai 'beban besar' dan disamakan beban itu seperti kavadi diusung masyarakat Hindu semasa perayaan Thaipusam.
Gobi Krishan berkata, pihaknya telah menuntut permohonan maaf daripada Mohamad beberapa hari lepas, bagaimanapun tidak mendapat sebarang respon.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#agama Hindu
#siasatan
#Tok Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan