awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil keterangan 2 individu kes dakwaan cuba jatuhkan kerajaan

Pia Ernadya
Pia Ernadya
03/03/2026
07:39 MYT
Polis ambil keterangan 2 individu kes dakwaan cuba jatuhkan kerajaan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, dua individu itu ialah pengadu dan saksi. -Foto fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan keterangan dua individu untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, dua individu itu ialah pengadu dan saksi.
“Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh termasuk meneliti setiap maklumat yang diperoleh dan akan memanggil individu lain bagi tujuan siasatan.
“Beri ruang dan masa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, satu laporan diterima pihaknya pada Khamis berkenaan isu terbabit yang melibatkan dakwaan terhadap seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.
Kata Mohd Khalid, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
Dalam kenyataan lain, Jabatan Peguam Negara dengan tegas berkata, mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#Cubaan jatuhkan kerajaan
#sabotaj negara
#JSJ Bukit Aman
#M Kumar
#Mohd Khalid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan