awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
PGA Lahad Datu rampas pelbagai barang RM 4.1 juta di ESSZONE
Dua nelayan Indonesia diselamatkan selepas hanyut ke perairan Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis beri amaran keras tidak hampiri lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan

Bernama
Bernama
18/12/2024
13:58 MYT
Polis beri amaran keras tidak hampiri lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan
Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mendapati orang ramai masih berkunjung ke kawasan itu tanpa tujuan munasabah.
"Walaupun garisan kuning telah dipasang, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang masih degil. Pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di kawasan itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama di kawasan terbabit petang ini mendapati orang ramai tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa dan bebas keluar masuk serta membuat kandungan media sosial.
Pada Isnin, satu runtuhan sepanjang lebih 50 meter dikesan berlaku di tebing Sungai Kelantan menyebabkan laluan pejalan kaki di lokasi itu terhumban ke bawah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#amaran keras
#tebing Sungai Kelantan
#Jalan Post Office Lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan