awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas ahli sindiket dadah di Kepong

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2016
15:59 MYT
Polis berkas ahli sindiket dadah di Kepong
Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen Kepong melakukan siasatan di kawasan kejadian dalam kes berbalas tembakan di Taman Layang-Layang Kepong hari ini. - Foto BERNAMA
Seorang ahli sindiket pengedaran dadah diberkas dalam kejadian berbalas tembak di Lebuhraya Selayang-Kepong berhampiran Taman Wangsa Permai, petang Selasa.
Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, suspek berusia 30 tahun itu dikatakan memecutkan kenderaan yang dinaiki bersama seorang rakan dan melepaskan tembakan selepas menyedari diekori pihak berkuasa.
Kejadian kejar mengejar dengan suspek berlaku sejauh kira-kira 10 kilometer.
Dalam usaha menahan suspek, polis melepaskan dua das tembakan namun gagal menghentikan kenderaan suspek.
Kereta yang dinaiki kemudiannya terlibat dalam kemalangan dan melanggar beberapa kenderaan awam.
Seorang suspek berusia 30-an berjaya ditahan manakala rakannya meloloskan diri.
Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek menemui serbuk dipercayai syabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan polis kini mengerakkan operasi memburu rakan suspek.
Topic Berkaitan
#kepong
#Lebuhraya Selayang-Kepong
#sindiket dadah
#Taman Wangsa Permai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan