awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan dakwaan buli pelajar sekolah

Bernama
Bernama
09/07/2023
06:46 MYT
Polis buka kertas siasatan dakwaan buli pelajar sekolah
Kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan. -Gambar fail/PDRM
ALOR GAJAH: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dibuli pelajar senior di sebuah sekolah, di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
"Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai mencekik adik lelakinya berusia sembilan tahun sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu kira-kira 12.30 tengah hari.
Remaja berkenaan dikatakan telah berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya sejak tahun lepas.
Remaja itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 12 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibuli pelajar senior
#mangsa buli
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#buka kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan