awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan kes remaja ditampar

Bernama
Bernama
24/06/2024
22:45 MYT
Polis buka kertas siasatan kes remaja ditampar
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
BETONG: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki ditampar beberapa kali di bahagian muka dan kepala oleh seorang individu yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut berlaku di kawasan Spaoh.
Beliau berkata, mangsa telah tampil ke Balai Polis Betong untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Saya meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut kerana kes masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
Terdahulu tular rakaman video di TikTok dan Facebook memaparkan remaja berkenaan ditampar seorang individu dengan beberapa remaja lelaki lain turut berada di tempat kejadian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas siasatan
#remaja lelaki ditampar
#Polis Daerah Betong
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan