awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri dan KL hingga 8 malam ini
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua suspek curi kabel, lari selepas kereta langgar rumah penduduk

Bernama
Bernama
08/03/2026
07:34 MYT
Polis buru dua suspek curi kabel, lari selepas kereta langgar rumah penduduk
Kenderaan yang dipandu suspek terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Parit Panjang di Baling. - Foto ihsan orang awam
Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang melarikan diri dipercayai terbabit dalam kes mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Kampung Star Kecil, Kerunai dekat Gerik semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan berjaya mengesan suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, yang menghala ke Jalan Gerik-Kupang sehingga ke Baling, Kedah.
“Semasa polis sedang mengejar, seorang daripada suspek bertindak membaling alat pemotong kabel, paku dan kabel ke arah kenderaan pelbagai guna milik polis.
“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandu suspek terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Parit Panjang di Baling. Pemilik rumah yang tinggal bersama ibu dan adik perempuannya tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Samad berkata hasil maklumat daripada pemilik rumah berkenaan, mereka memaklumkan kedua-dua suspek melarikan diri selepas kejadian itu.
Beliau berkata hasil risikan yang dijalankan mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah kenderaan sewa dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemukan 20 gulung kabel, satu telefon bimbit, tiga alat pemotong kabel dan satu pencungkil besi.
Menurut Abdul Samad, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dan Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Abdul Samad Othman
#curi
#kabel
#Telekom Malaysia
#langgar
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan