awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki cederakan pegawai AADK di Bangsar

Bernama
Bernama
01/04/2026
15:35 MYT
Polis buru lelaki cederakan pegawai AADK di Bangsar
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak agresif mencederakan seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menggunakan pisau dalam satu operasi di Jalan Kerinchi, Bangsar hari ini. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak agresif mencederakan seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menggunakan pisau dalam satu operasi di Jalan Kerinchi, Bangsar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata kejadian berlaku pada 5.08 petang di sebuah premis cuci kereta bersebelahan Bangsar South Mall ketika pasukan AADK menjalankan ujian saringan air kencing.
Beliau berkata mangsa, pegawai lelaki berusia 48 tahun, mengalami luka di tapak tangan dan ibu jari kanan akibat serangan itu.
"Suspek, seorang lelaki berusia 46 tahun, pada mulanya ditahan dan diarah menjalani ujian saringan air kencing… bagaimanapun, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif melarikan diri sebelum mencederakan mangsa," menurutnya dalam kenyataan.
Hoo berkata mangsa kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di wad biasa Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Beliau berkata identiti suspek telah dikenal pasti dan beralamat Cheras manakala kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syed Hamiz Azfar Syed Mohd Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis buru
#Polis Daerah Brickfields
#pegawai AADK
#Bangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan