awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki curi beg di medan selera

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/01/2025
04:25 MYT
Polis buru lelaki curi beg di medan selera
Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung untuk tampil membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah beg yang berlaku di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, pada 2 Januari lalu.
Kejadian tersebut yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) turut tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan berkaitan kejadian telah diterima pada jam 5.19 petang daripada mangsa, seorang wanita yang juga pemilik gerai di medan selera tersebut.
"Suspek yang dipercayai seorang lelaki menaiki motosikal dilaporkan mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi pelanggan berhadapan gerai.
"Ketika kejadian, mangsa sedang membuat persiapan untuk membuka gerainya dan tidak menyedari tindakan suspek dan mangsa hanya menyedari kehilangan beg tersebut apabila ingin mengambilnya semula.
"Antara barang berharga yang hilang ialah wang tunai dan telefon bimbit, dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM200," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Katanya lagi, pihak polis kini sedang berusaha mengesan suspek dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan.
Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hanafi, di talian 010-3728932.
Topic Berkaitan
#shah alam
#Pusat Akuatik Seksyen 13 Shah Alam
#medan selera
#curi beg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan