awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki rakam bawah skirt wanita di Subang Jaya

Astro AWANI
Astro AWANI
31/03/2026
03:06 MYT
Polis buru lelaki rakam bawah skirt wanita di Subang Jaya
Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai merakam di bawah skirt seorang wanita di sebuah premis beli-belah di Subang Jaya, baru-baru ini.
Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai merakam di bawah skirt seorang wanita di sebuah premis beli-belah di Subang Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, kejadian itu turut tular menerusi sebuah video di laman media sosial.
Katanya, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada Ahad lepas kira-kira jam 1.16 tengah hari.
"Siasatan awal mendapati video berkenaan telah dimuat naik di media sosial melalui akaun Facebook menggunakan nama “Yixin Siew” dan Instagram “yixin_0111.”
“Polis sedang giat mengesan serta mengenal pasti mangsa dan suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan bagi menjaga maruah mangsa serta tidak mengganggu siasatan polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi ASP Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#rakam bawah skirt
#polis buru
#Yixin Siew
#yixin_0111
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan