awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru seorang lagi suspek kes bunuh di Nilai

Bernama
Bernama
05/01/2026
15:15 MYT
Polis buru seorang lagi suspek kes bunuh di Nilai
Johari berkata suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman CCTV di sekitar kawasan itu pada malam 28 Dis memakai pelitup muka dan mengenakan baju berhud. - Gambar Facebook Polis Daerah Nilai
NILAI: Polis memburu seorang lagi suspek bagi membantu siasatan pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan dengan 12 kesan tikaman di sebuah pangsapuri di Mantin dekat sini pada 30 Dis lepas.

Ringkasan AI
  • Polis memburu seorang suspek lagi bagi membantu siasatan pembunuhan lelaki yang ditemui dengan 12 kesan tikaman di Mantin.
  • Suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman CCTV memakai pelitup muka dan baju berhud pada malam kejadian.
  • Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30an itu ditikam 12 kali, termasuk pada belakang kepala, dada, dan leher.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya dalam kenyataan berkata suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu pada malam 28 Dis memakai pelitup muka dan mengenakan baju berhud.
"Maklumat kami terima daripada pengawal keselamatan, suspek sebelum itu ada bertanyakan lokasi rumah mangsa dan keluar dari lokasi itu tiga jam kemudian.
"Buat masa ini individu tersebut ialah suspek utama dan pihak polis sedang giat mengesannya untuk membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan dua lelaki tempatan direman bagi membantu siasatan dan menurut Johari pihaknya akan memohon sambungan reman terhadap mereka.
Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa berusia 30an itu ditikam 12 kali termasuk pada belakang kepala, dada serta leher.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#pelitup muka
#pengawal keselamatan
#suspek utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan