awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek gangguan seksual di MRT Kajang

Astro AWANI
Astro AWANI
02/04/2026
21:37 MYT
Polis buru suspek gangguan seksual di MRT Kajang
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. - Gambar hiasan
Polis Daerah Kajang sahkan menerima laporan berhubung satu video tular berdurasi 23 saat di aplikasi Threads yang memaparkan kejadian gangguan seksual di Gate A MRT Kajang Line.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, video berkenaan mula tular pada Khamis sekitar jam 9 pagi.
Katanya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai terlibat dalam perbuatan tersebut, berdasarkan rakaman yang tersebar.
"Usaha mengesan dan menangkap suspek kini sedang giat dijalankan.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan, pada awal pagi Jumaat.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sjn Nor Atiqah binti Anuar di talian 013-7948922.
Dalam masa sama, pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan video tular yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta mencetuskan kegusaran masyarakat.
Tegasnya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan sedemikian.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#video tular
#MRT
#Naazron Abdul Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan