awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek kes khianat, ugutan jenayah libatkan Cikgu Chandra

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2026
08:11 MYT
Polis buru suspek kes khianat, ugutan jenayah libatkan Cikgu Chandra
Shazeli Kahar berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Foto Sinar Harian
Beberapa individu sedang dikesan bagi siasatan lanjut berkaitan kes khianat dan ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, minggu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Polis masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dan masih bebas.
"Tujuh suspek yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada Rabu.
Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Media sebelum ini melaporkan seramai 12 individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi operasi bersepadu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Operasi itu dijalankan bermula Khamis lalu hingga semalam di beberapa lokasi termasuk Banting, Subang dan Serdang.
Shazeli sebelum ini dilaporkan berkata, daripada keseluruhan tangkapan, tujuh suspek dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan insiden berkenaan termasuk dalang utama.
Ujar beliau, seramai tujuh suspek masih ditahan bagi membantu siasatan manakala lima lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis selain perancang utama kejadian turut diberkas.
Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dan terguris perasaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cikgu Chandra
#ugutan jenayah
#khianat
#PDRM Selangor
#Shazeli Kahar
#JSJ Bukit Aman
#Taman Kinrara
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan