awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya

Sinar Harian
Sinar Harian
25/09/2022
03:30 MYT
Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya
Polis sedang mengesan suspek kes ragut di Setapak Jaya pada Selasa lalu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut di Setapak Jaya di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.
"Tiba-tiba suspek yang datang dari arah hadapan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna biru hitam terus meragut rantai leher mangsa dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ashari berkata, siasatan awal mendapati suspek memakai topi keledar warna merah dan kemeja T lengan panjang berwarna gelap.
"Kita telah menerima laporan daripada mangsa, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#peragut
#Setapak Jaya
#Ashari Abu Samah
#rantai leher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan