awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dapatkan maklumat dakwaan sekumpulan individu cedera terkena mercun di Pendang

Bernama
Bernama
23/03/2026
03:18 MYT
Polis dapatkan maklumat dakwaan sekumpulan individu cedera terkena mercun di Pendang
Setakat ini, tiada laporan yang dibuat oleh pihak hospital atau mana-mana pihak yang lain. - Gambar hiasan
Polis sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak hospital berhubung dakwaan beberapa individu tercedera selepas terkena mercun bola di Tobiar, Pendang.
Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata dalam kejadian yang difahamkan berlaku pada malam raya Aidilfitri itu, kesemua mangsa telah dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan.
“Setakat ini, tiada laporan yang dibuat oleh pihak hospital atau mana-mana pihak yang lain. Polis akan ke hospital hari ini untuk mendapatkan butir-butir lengkap berhubung kejadian itu.
“Daripada hasil maklumat awal yang diperoleh nanti, laporan akan dibuat oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut. Maklumat lanjut berhubung kes ini akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan gambar beberapa individu cedera dengan keterangan gambar ‘tragedi pakar bom dari Tobiar, Pendang, Kedah..ujikaji custom mercun bola, tujuh mangsa beraya di hospital'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri 2026
#cedera kena mercun
#Pendang
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan