awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis edar gambar dan senarai nama 61 etnik Rohingya masih bebas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/04/2022
04:43 MYT
Polis edar gambar dan senarai nama 61 etnik Rohingya masih bebas
Wan Hassan (kanan) bersama pegawainya meninjau pagar sempadan pada Program Sampaikan Sumbangan Raya kepada Petugas PGA sempena Lawatan Kerja ke MARTAK PGA Bukit Kayu Hitam hari ini. - Foto Astro AWANI
BUKIT KAYU HITAM: Polis Kedah akan mengedar gambar dan senarai nama 61 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Sungai Bakap dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti kesemua tahanan terbabit beserta wajah mereka.
"Kita akan edar nanti gambar itu. Saya telah arahkan semalam dari segi siasatan dan sebagainya supaya perkemas kini siasatan dan baki lagi 61 orang itu supaya gambar-gambar mereka ini kita establish kan.
"Kita akan keluar dalam akhbar nanti supaya bila ada tangkapan nanti bermakna tahu bahawa mereka ini adalah merupakan pernah lari daripada pusat tahanan. Kalau lkita tak keluarkan gambar itu mungkin orang lain tangkap, dia tak tahu bahawa mereka ini, pasal nama itu boleh bertukar-tukar," katanya.
Beliau berkata kepada media selepas melakukan tinjauan di tiga pos kawalan sempadan dan Martak Taktikal Briged Utara PGA di sempadan Malaysia-Thailand, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya percaya berkemungkinan 61 tahanan itu sudah terlepas seperti mana yang dimaklumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam yang memaklumkan tahanan itu dikesan berada di Selayang.
Dalam kejadian 20 April lalu, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.
Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Topic Berkaitan
#tahanan lolos
#etnik rohingya
#Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap
#Wan Hassan Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan