awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat buru suspek susulan penemuan mayat bayi lelaki di PPR

Bernama
Bernama
13/08/2025
10:24 MYT
Polis giat buru suspek susulan penemuan mayat bayi lelaki di PPR
Siasatan awal mendapati bayi tersebut adalah pramatang dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemukan. - Gambar hiasan/Bernama
GUA MUSANG: Polis kini giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes membabitkan penemuan seorang mayat bayi lelaki pramatang yang dibaluti kain lampin berdekatan tong sampah di sebuah taman permainan, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata jasad bayi itu ditemukan ditanam di kawasan taman permainan Program Perumahan Rakyat di sini.
"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan bayi lelaki tersebut pada kira-kira 10.30 malam.
"Siasatan awal yang dijalankan mendapati bayi tersebut adalah pramatang dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemukan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat bayi itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
"Selain itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini kepada pihak polis dengan menghubungi Balai Polis Gua Musang talian 09-9121 222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi lelaki
#bayi pramatang
#bayi dibuang
#PPR
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan