awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jejaki tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti larikan diri

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2018
11:04 MYT
Polis jejaki tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti larikan diri
Remaja lelaki berusia 17 hingga 18 tahun itu dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan di dewan sekolah juvana itu. - Gambar hiasan
Polis sedang mengesan tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar di sini yang melarikan diri dari sekolah juvana itu pada Selasa lepas.
Remaja lelaki berusia 17 hingga 18 tahun itu disedari hilang kira-kira jam 2.30 petang apabila warden sedang mengambil rekod kehadiran pelajar.
Mereka dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan di dewan sekolah itu, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor.
Menurut saksi, ketiga-tiga mereka dilihat menyapu sampah dan menolong membersihkan kawasan di tepi pagar dewan semasa program berlangsung sebelum didapati hilang.
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan kerosakan pada pagar di tepi dewan sekolah itu yang telah ditutup dengan zink, dipercayai dibuat sebagai laluan untuk mereka melarikan diri.
Noorzainy berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga remaja itu mempunyai kaitan dengan satu kes kecurian motosikal di kawasan Telok Air Tawar yang dilaporkan pada hari sama selepas mereka meloloskan diri.
Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang dipergiat dan pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 71 Akta Kanak-kanak 2001.
Topic Berkaitan
#hilang
#melarikan diri
#Noorzainy Mohd Noor
#polis
#Seberang Perai
#sekolah juvana
#Sekolah Tunas Bakti
#Telok Air Tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan