awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor tingkatkan pengawasan di pintu masuk negara

Bernama
Bernama
05/07/2016
13:31 MYT
Polis Johor tingkatkan pengawasan di pintu masuk negara
Langkah itu diambil berikutan kejadian letupan bom tangan membabitkan kumpulan militan Daesh di sebuah pusat hiburan di Puchong pada 28 Jun lalu.
Polis Johor sedia meningkatkan kerjasama dengan agensi keselamatan Indonesia dan Singapura bagi mengesan dan menangani ancaman kumpulan militan di negeri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata langkah itu diambil berikutan kejadian letupan bom tangan membabitkan kumpulan militan Daesh di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor, pada 28 Jun lalu, yang mencederakan lapan orang awam.
Ia juga dilaksana demi mengatasi kebimbangan orang ramai terhadap kehadiran warga asing yang tumbuh bagaikan cendawan di negeri ini sejak kebelakangan ini, katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di pusat beli-belah City Square dan JB Sentral di sini hari ini.
Sempena sambutan Aidilfitri, katanya beliau telah mengarahkan semua ketua polis daerah meningkatkan pengawasan di pintu masuk negara dari Singapura dan Indonesia.
Topic Berkaitan
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan