awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jumpa rangka bayi di laman rumah

Bernama
Bernama
25/03/2026
12:11 MYT
Polis jumpa rangka bayi di laman rumah
Polis menemukan rangka bayi, dipercayai dilahirkan kira-kira empat bulan lepas, yang ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak. - Foto Sinar Harian
Polis menemukan rangka bayi, dipercayai dilahirkan kira-kira empat bulan lepas, yang ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak, di sini.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Beliau berkata polis menahan empat individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan.
Kejadian itu sekali gus menggemparkan penduduk di kawasan perumahan di Kelemak, apabila pasukan forensik dilihat berada di rumah berkenaan kira-kira 9 pagi tadi, ketika umat Islam masih dalam sambutan Aidilfitri.
Seorang lelaki yang datang beraya ke rumah kakaknya berkata pada awalnya dia menyangka hanya kes biasa, namun dimaklumkan jiran bahawa polis menjumpai rangka bayi dipercayai ditanam di situ.
“Kawasan perumahan ini sunyi dan rumah teres itu terletak berhadapan dengan sebuah rumah kosong, jadi kejadian sebegini menambahkan lagi kejutan kepada penduduk,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Melaka
#rangka bayi
#rumah
#Kelemak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan