awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/03/2020
04:51 MYT
Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh
Kumpulan yang membantah tindakan Paul Yong keluar DAP memegang kain rentang menyifatkan ia satu pengkhianatan, di luar Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini. Astro AWANI
Kehadiran anggota polis berjaya mengelakkan pertembungan antara dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Khidmat (ADUN) Tronoh di sini, hari ini.
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.
Kira-kira 100 ahli DAP yang memprotes berhimpun di hadapan pusat khidmat itu sekitar jam 10 pagi, dengan membawa pelekat, kain rentang dan sepanduk.
Pada masa sama, kira-kira 50 penyokong yang setia dengan wakil rakyat itu berada di dalam pusat khidmat untuk bagi menyatakan sokongan terhadap ADUN Tronoh itu. "Kami pusat khidmat buka seperti biasa, tetapi ramai yang datang, ada pengundi, ada penyokong, hendak beri sokongan kepada Yong," kata seorang pegawai ADUN Tronoh, Kong Lai Ling.
Menurutnya, mereka menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang akan mengadakan demonstrasi di hadapan pusat khidmat itu.
Sementara itu, seorang ahli seumur hidup DAP dari Manjung, Phang Heng Chun menyifatkan tindakan Yong keluar parti sebagai satu pengkhianatan terhadap DAP.
"Kalau orang yang mengkhianati mandat rakyat, itu sewajarnya digelar pengkhianat. Kalau bukan pengkhianat, letak jawatan. Kalau ada maruah, letak jawatan, bukan jadi bebas.
"Kerajaan memang sudah jatuh, tetapi dia keluar dari parti, itu pengkhianatan. Sebab, dia dapat undi, mandat, dari rakyat yang menyokong DAP, semudah itu," kata Phang.
BACA: 2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
BACA: Tiga ADUN DAP dipecat
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata, perhimpunan selesai kira-kira jam 10.40 pagi tanpa sebarang insiden tidak dingini. Katanya, ketika kejadian, ADUN Tronoh berkenaan tiada di pejabat.
Pada Isnin, selain Yong, seorang lagi ADUN DAP yang meninggalkan parti adalah A. Sivasubramaniam yang juga memilih menjadi wakil rakyat Bebas.
Topic Berkaitan
#ADUN Bebas
#ADUN Tronoh
#DAP
#demonstrasi
#keluar parti
#Kerajaan Negeri Perak
#Malaysia2020
#Paul Yong Choo Kiong
#Perak
#perhimpunan
#polis
#protes
#pusat khidmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan