awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan giat kenal pasti suspek insiden pergaduhan tular

Bernama
Bernama
28/05/2025
20:30 MYT
Polis Kelantan giat kenal pasti suspek insiden pergaduhan tular
Satu laporan polis telah dibuat berkait kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 23 Mei lepas pada 4.27 pagi di kawasan Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.
KOTA BHARU: Polis Kelantan kini giat mengenal pasti semua suspek dalam insiden pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kes itu dikesan selepas video pergaduhan sekumpulan lelaki dimuat naik di laman sosial Facebook pada kira-kira 1.40 tengah hari semalam.
"Satu laporan polis telah dibuat berkait kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 23 Mei lepas pada 4.27 pagi di kawasan Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.
"Video berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki turun dari dua buah motokar dan telah memukul beberapa orang yang berada di tempat kejadian," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaduh
#video tular
#Polis Kelantan
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami