awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan rampas 56kg ganja mampat, 157 peluru hidup

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
16/08/2020
11:33 MYT
Polis Kelantan rampas 56kg ganja mampat, 157 peluru hidup
Shafein (tengah) menunjukkan antara ganja mampat dan barangan lain yang dirampas. - Astro AWANI
Polis Kelantan merampas sebanyak 56 kilogram ganja mampat serta 157 peluru hidup susulan tangkapan yang dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 40-an.
Serbuan dilaksanakan di Kampung Bukit Lata, Rantau Panjang pada Khamis lalu oleh Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA).
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner, Shafein Mamat berkata, pihaknya percaya lelaki berkenaan antara ahli kumpulan sindiket pengedaran dadah.
”Peluru ini ada pelbagai jenis, kita masih dalam siasatan untuk kesan senjata. Kalau ada peluru (bermakna) ada senjata.
“Dia (jalankan) bisnes ini tak boleh lone ranger (sendirian), maka kita (polis) dalam usaha mengesan saki baki kumpulan ini,” ujar Shafein.
Selain ganja, pihaknya juga turut merampas pil Eramin 5 dan menyita dua buah kenderaan yang mana kesemua nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM300,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Topic Berkaitan
#ganja mampat
#Kelantan
#Pasukan Gerakan Am
#PDRM
#peluru
#polis
#shafein mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan