awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan terima 85 permohonan permit jual mercun

Bernama
Bernama
04/04/2023
10:47 MYT
Polis Kelantan terima 85 permohonan permit jual mercun
Sebanyak 34 permohonan diluluskan, 48 dalam proses penilaian dan tiga permohonan ditolak kerana gagal memenuhi syarat. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah menerima 85 permohonan daripada peniaga untuk menjual mercun dan bunga api di negeri ini menjelang sambutan Aidilfitri pada bulan ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata daripada jumlah itu sebanyak 34 permohonan diluluskan, 48 dalam proses penilaian dan tiga permohonan ditolak kerana gagal memenuhi syarat termasuk lokasi jualan yang tidak sesuai.
"Kita menjangkakan ramai lagi peniaga yang akan membuat permohonan untuk mendapatkan permit dan ia tidak akan disekat sekiranya mereka memenuhi syarat yang ditetapkan serta tidak menjejaskan keselamatan orang ramai.
"Bagi setiap permit yang diluluskan itu, peniaga perlu menjual mercun dan bunga api yang dibenarkan sahaja serta memastikan premis jualan adalah sesuai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Bubur Lambuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob dan Pengurus Nestle Malaysia Cawangan Pantai Timur, Awang Abdullah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permit
#jual mercun
#polis
#syarat
#permohonan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan