awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti suspek kes tembak ahli perniagaan wanita

Bernama
Bernama
25/03/2017
07:37 MYT
Polis kenal pasti suspek kes tembak ahli perniagaan wanita
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.
Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kes tembak seorang ahli perniagaan wanita di Jalan Bukit Gambir, berdekatan Taman Pekaka di sini bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.
"...memang kami ada beberapa petunjuk baharu siapa yang terbabit dan kita sedang menjejaki mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Roslee berkata setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian.
Dalam kejadian pada 21 Feb lepas, Ruby Lee Poh Ai, 49 yang memandu kereta seorang diri dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripadanya melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah wanita itu.
Mangsa yang terbabit dalam perniagaan logistik perkapalan maut di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#Kes Tembak
#polis pulau pinang
#Taman Pekaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan