awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan doktor wanita bantu siasatan kes rogol remaja

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2023
01:55 MYT
Polis kesan doktor wanita bantu siasatan kes rogol remaja
Doktor itu diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah. - Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang doktor wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol melibatkan seorang remaja pada 12 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, doktor berkenaan sebelum itu telah menghubungi polis kira-kira jam 4.40 petang memaklumkan remaja berumur 16 tahun yang hadir ke klinik di Jitra, Kedah.
"Individu berkenaan yang bekerja sebagai doktor di klinik tersebut memaklumkan pesakitnya itu mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.
"Remaja tersebut memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan mendapati wanita tersebut merupakan saksi penting dalam kes ini.
"Wanita ini adalah doktor yang bertugas semasa menerima dan memeriksa remaja tersebut.
"Beliau diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#doktor wanita
#kes rogol
#polis
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan