awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki peluk wanita tepi jalan di Sea Park

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2023
05:11 MYT
Polis kesan lelaki peluk wanita tepi jalan di Sea Park
Wanita itu mendakwa ketika dia sedang berjalan di kawasan perumahan itu, tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang oleh suspek. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul seorang wanita di tepi jalan di Sea Park, di sini, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada jam 8.27 malam.
"Wanita itu mendakwa ketika dia sedang berjalan di kawasan perumahan itu, tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang oleh suspek.
"Suspek berpakaian hitam dan memakai pelitup muka serta bertopi warna hitam itu kemudian melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
"Kes di siasat di bawah Seksyen 354 kanun keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul
#polis petaling jaya
#memakai pelitup muka
#Sea Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan