awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu kereta langgar lari penunggang motosikal di Lebuhraya SILK

Bernama
Bernama
20/10/2024
15:15 MYT
Polis kesan pemandu kereta langgar lari penunggang motosikal di Lebuhraya SILK
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di Kilometer 3.0 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong, semalam. - Gambar fail/X/@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di Kilometer 3.0 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang Naazron Abdul Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, pemandu kereta berkenaan memandu di lorong paling kanan di belakang motosikal sebelum memotong, menghimpit dan melanggar motosikal yang ada di hadapannya menyebabkan motosikal itu terbabas di atas jalan raya.
"Akibat daripada kemalangan ini, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.
"Kes telah disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron menyeru dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp Ammar Mohd Tahir melalui talian 018-2586153 untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, di laman media sosial X, tular sebuah video berdurasi 42 saat dipercayai rakaman kamera papan pemuka milik kenderaan lain memaparkan kejadian terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar lari
#polis kesan
#Lebuhraya SILK
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan