awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan warga emas hilang di Tampin

Bernama
Bernama
10/02/2024
10:48 MYT
Polis kesan warga emas hilang di Tampin
orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin melalui talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
SEREMBAN: Polis mengesan seorang warga emas yang tidak pulang ke rumah selepas dikatakan berlaku salah faham dengan keluarganya di sebuah rumah di Kampung Air Gelugor, Gemencheh, Tampin dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata anak mangsa memaklumkan ayahnya berusia 70 tahun itu didapati keluar rumah menaiki sebuah kereta jenis Honda HRV dalam kejadian pada 9.30 pagi.
"Pakaian terakhir yang dilihat dipakai oleh mangsa ialah kemeja-T berbelang biru kelabu, berseluar biru, dan berkopiah. Anaknya telah menghubungi nombor telefon bimbit ayahnya tetapi gagal dihubungi dan belum pulang ke rumah.
"Kali terakhir telefon bimbit mangsa boleh dihubungi kira-kira 1 tengah hari semalam dan hebahan mengenai kehilangan mangsa telah dibuat melalui Pusat Kawalan Daerah Tampin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin melalui talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kesan
#warga emas hilang
#Tampin
#salah faham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan