awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kuala Lumpur teliti semula SOP serbuan ke atas kelab kesihatan jalan aktiviti songsang

Bernama
Bernama
01/12/2025
10:45 MYT
Polis Kuala Lumpur teliti semula SOP serbuan ke atas kelab kesihatan jalan aktiviti songsang
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika ditemui media selepas Majlis Sumbangan Amal MAIWP Masih Ada Yang Sayang di IPK Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) membabitkan serbuan ke atas kelab kesihatan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan diambil memberikan impak positif kepada masyarakat.

Ringkasan AI
  • Polis Kuala Lumpur akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi serbuan ke atas kelab kesihatan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral untuk memastikan kesan positif kepada masyarakat.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menyatakan keperluan untuk memperbaiki kelemahan dalam serbuan terbaru ke kelab kesihatan agar bukti yang dikumpulkan tidak terjejas.
  • Polis, pihak berkuasa tempatan, dan jabatan agama bekerjasama untuk memastikan premis yang terlibat tidak beroperasi semula selepas 17 penjawat awam ditahan dalam serbuan di kelab kesihatan di Chow Kit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam serbuan ke atas sebuah kelab kesihatan dipercayai menjadi lokasi aktiviti songsang baru-baru ini, terdapat beberapa kelemahan dikenal pasti dan perlu ditambah baik agar bukti yang dikumpulkan tidak tercicir.
"Kami (polis) tidak mahu serbuan dan tangkapan dibuat tetapi akhirnya ada bukti yang tidak dapat diterima atau siasatan tidak dapat diteruskan.
"Setiap kesalahan ada asas, ada keperluan tertentu. Tidak semudah itu untuk menuduh seseorang termasuk dalam kesalahan meliwat atau aktiviti sosial negatif sebegini," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Masih Ada Yang Sayang oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada 70 anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Fadil berkata polis bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama kini bekerjasama bagi memastikan premis berkenaan tidak beroperasi semula.
Jumaat lepas, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit di sini.
Dalam serbuan itu, polis merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.
Premis dua tingkat terbabit beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas, dan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam semasa hari bekerja manakala pada hujung minggu bermula 3 petang hingga 11 malam.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#aktiviti songsang
#SOP
#serbuan kelab kesihatan
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan