awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli pelajar di Teluk Intan

Bernama
Bernama
26/06/2022
06:24 MYT
Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli pelajar di Teluk Intan
Mior Faridalathrash berkata, kesemua 10 pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan reman selama empat hari sehingga esok akan dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar fail
IPOH: Polis telah melengkapkan siasatan kes buli hingga mendatangkan kecederaan membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah asrama sekolah menengah di Teluk Intan, Khamis lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua 10 pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan reman selama empat hari sehingga esok akan dibebaskan dengan jaminan polis.
"Reman tidak disambung kerana siasatan telah selesai dan kesemua suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas mangsa yang dirawat di Hospital Teluk Intan mendapati terdapat retak tulang rusuk belakang, kesan melecur pada belakang badan sebelah kanan, kecederaan tisu lembut pada betis kanan, dada, belakang, kedua-dua lengan, dagu dan pipi.
"Selain itu, ada kesan melecur ditekap dengan seterika di bahagian belakang badan sebelah kanan. Mangsa telah dibenarkan pulang dan telah keluar dari Hospital Teluk Intan semalam," katanya.
Polis sebelum ini menahan 10 pelajar senior kepada mangsa pada Khamis selepas menerima laporan berhubung kes itu pada hari yang sama.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipukul secara beramai-ramai serta dicederakan dengan menggunakan seterika panas.
Kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada seorang daripada suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli
#pelajar sekolah
#Teluk Intan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan