awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lepas tembakan terhadap kereta cuba langgar anggota

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/07/2019
02:52 MYT
Polis lepas tembakan terhadap kereta cuba langgar anggota
Keadaan kereta jenis Mazda 323 dinaiki dua suspek selepas terbabas ketika melarikan diri. - Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
Seorang anggota trafik Peronda Lebuhraya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta selepas pemandunya bertindak agresif dan cuba melanggar anggota terbabit, pada Isnin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.25 malam di perkarangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas kereta yang dinaiki dua suspek, bertindak cuba melanggar dua anggota trafik yang menghampiri mereka.
Menurut Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisiner Adzli Abu Shah, ini susulan kejadian kemalangan di Kilometer 115 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Bertam yang melibatkan tiga kenderaan termasuk kereta suspek dan dua motosikal serta tiga mangsa.
Anggota peronda terbabit kemudiannya mengekori kenderaan jenis Mazda 323 dinaiki suspek sehingga ke kawasan parkir Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan mengarahkan suspek untuk keluar dari kenderaan.
Bagaimanapun suspek bertindak memecut kenderaannya dan cuba melanggar salah seorang anggota trafik tersebut yang memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta suspek.
Suspek bagaimanapun terus memecut kenderaan sebelum terbabas di tepi jalan dan melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran.
Susulan kejadian polis menahan dua wanita berusia 20 dan 50-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#langgar
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#suspek
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan