awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lepaskan tembakan suspek cuba lari daripada pemeriksaan

Bernama
Bernama
08/05/2019
20:00 MYT
Polis lepaskan tembakan suspek cuba lari daripada pemeriksaan
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah tayar kereta suspek. - Gambar hiasan
Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Pudu, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, kenderaan jenis Toyota Vellfire yang berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah hotel ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang sedang meronda di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata pemandu yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri hingga hampir melanggar kenderaan polis.
Menurutnya, kenderaan suspek melanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera ketika melarikan diri dan memberhentikan keretanya di sebuah bank di Jalan Pudu.
"Anggota mengarahkan suspek untuk keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan tetapi tidak diendahkan sebaliknya terus memecut laju kenderaannya ke arah Jalan Loke Yew.
"Susulan itu polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah tayar kereta suspek," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun suspek melarikan diri bersama MPV dipandunya dan polis masih mengesan individu berkenaan.
Mohd Fahmi berkata jumlah individu yang berada di dalam kenderaan tidak dapat dipastikan berikutan cermin kenderaan yang gelap.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#cubaan membunuh
#hotel
#IPK KL
#jenayah
#kereta
#Kuala Lumpur
#Mohd Fahmi Visunathan Abdullah
#MPV
#polis
#siasatan
#suspek
#tembakan
#Toyota Vellfire
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan