awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin bantu cari kenderaan terjunam ke dalam laut

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2019
03:49 MYT
Polis Marin bantu cari kenderaan terjunam ke dalam laut
Pihak PLUS dan Jambatan Pulau Pinang mengesahkan rakaman CCTV berjaya mengesan sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenisnya telah terjatuh ke dalam laut. - Astro AWANI
Polis menggunakan khidmat pasukan Penyelam Polis Marin bagi mengesan sebuah kereta yang dipercayai terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer (KM) 4 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, empat penyelam Polis Marin telah melakukan kerja-kerja menyelam bermula pagi.
Katanya, sehingga jam 10 pagi, pemandu kereta bersama kenderaan tersebut masih gagal ditemui.
Menurut Nik Ros Azhan, siasatan awal polis mendapati tempat kejadian dilengkapi dengan dua kamera litar tertutup (CCTV) iaitu di KM 4.0, lebih kurang 100 meter dari lokasi kenderaan tersebut dilaporkan terjatuh dan juga CCTV di KM 5.3.
BACA: Bomba cari kenderaan dipercayai terjatuh ke dalam laut
Katanya, pihak PLUS dan Jambatan Pulau Pinang mengesahkan rakaman CCTV berjaya mengesan sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenisnya telah terjatuh ke dalam laut.
Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata, kemalangan terbabit melibatkan dua buah kenderaan antara Toyota Vios dan sebuah kereta yang belum dapat dipastikan.
Katanya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila kereta Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun terbabas di lorong kanan dan melanggar pembahagi jalan.
Pada masa yang sama, sebuah lagi kenderaan bewarna putih datang dari arah sama cuba mengelak lalu terbabas ke sebelah kanan bergesel pembahagi jalan.
Kejadian itu menyebabkan kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok di sebelah kiri jalan sebelum tercampak ke dalam laut.
Nok Ros Azhan berkata, pemandu kereta Vios yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#kemalangan
#polis marin
#terhumban ke laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan