awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netanyahu mahu perjanjian damai 'berkekalan'dengan Lubnan
Rundingan damai: AS ‘tetap menang’ sama ada Iran capai perjanjian atau tidak - Trump
AS dakwa dua kapal tentera laut melalui Selat Hormuz untuk operasi menyingkirkan periuk api
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/07/2024
10:15 MYT
Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini
Mayat bekas pelajar UPSI itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini, pada 15 Julai lalu, iaitu enam hari selepas mangsa dipercayai dibunuh.
HULU SELANGOR: Polis masih menunggu laporan penuh analisis bedah siasat ke atas mayat mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim memberitahu, setakat ini hasil bedah siasat awal diterima diputuskan sebagai 'menunggu siasatan makmal' tahap tiga, yang bermaksud hasil bedah siasat tidak lengkap, tidak menemui sebarang punca kematian dan menunggu hasil laporan makmal.
"Ia mungkin disebabkan keadaan mayat mangsa yang sudah reput ketika ditemukan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Bedah siasat ke atas mangsa sebelum ini dilakukan di Hospital Sungai Buloh.
Mayat bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini, pada 15 Julai lalu, iaitu enam hari selepas mangsa dipercayai dibunuh.
Susulan itu, seorang anggota polis yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan reman tujuh hari hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Nur Farah Kartini Abdullah
#bedah siasat
#kes bunuh
#identiti teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan