awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan kesan Puteri Nor Aisyah hilang di Bentong

Bernama
Bernama
07/03/2026
06:11 MYT
Polis minta bantuan kesan Puteri Nor Aisyah hilang di Bentong
Puteri Nor Aishah dilaporkan hilang sejak Rabu lalu. - Foto PDRM
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Chegar Medang, Bentong pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman,14, daripada ibunya semalam.
“Wanita itu memaklumkan kali terakhir mereka berjumpa semasa anaknya hendak keluar ke bazar Ramadan pada 6.45 petang 4 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semasa itu, remaja berketinggian 157 sentimeter dengan berat 45 kilogram memakai baju lengan pendek dan seluar jeans hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerusi talian 09-223 1999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#hilang
#remaja
#Bentong
#bazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan