awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/02/2025
15:15 MYT
Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Kali terakhir Siti Nur Syakirah dilihat adalah di Flat Desaria PJS 5/22, Taman Medan, Petaling Jaya pada 12 Februari lalu. - Foto IPD Petaling Jaya
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Siti Nur Syakirah Ismail pada hari sama jam 4.42 petang.
Jelasnya, kali terakhir Siti Nur Syakirah dilihat adalah di Flat Desaria PJS 5/22, Taman Medan, Petaling Jaya.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau hubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Hariharan di talian 019-3638358,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menerusi hantaran Facebook si ibu dengan nama akaun Emy Emylia, dia masih menantikan kepulangan anaknya dan berharap Syakirah dalam keadaan selamat.
“Assalamualaikum semua, mohon doakan Syakirah dijumpai dalam keadaan selamat. Kami masih menanti kepulangan Syakirah. Mohon sebarkan dan hubungi saya atau suami di talian 011-35547645 segera jika ternampak Syakirah.
“Syakirah berpakaian sweater hitam, seluar hijau army, tudung kelabu. Kerjasama semua pihak amat saya hargai,” katanya.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Petaling Jaya
#Siti Nur Syakirah
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan