awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga Palestin hilang di Kajang

Bernama
Bernama
30/03/2026
15:55 MYT
Polis mohon bantuan kesan lelaki warga Palestin hilang di Kajang
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga Palestin yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit, Kajang, Selangor 23 Mac lepas. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga Palestin yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit, Kajang, Selangor 23 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki itu, Al Baraa Monir Sobhi Alqedra, 22, berketinggian 180 sentimeter dan berat 70 kilogram
“Beliau kali terakhir dilihat di lokasi berkenaan pada 8 pagi dengan memakai kemeja-T kuning dan berseluar panjang berwarna hitam.
“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 5.56 petang, 24 Mac lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222 atau Ketua Polis Balai Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis mohon bantuan
#warga Palestin hilang
#Kajang
#Al Baraa Monir Sobhi Alqedra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan