awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

Bernama
Bernama
21/12/2024
22:30 MYT
Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Yap mempunyai ketinggian kira-kira 155cm, berat badan 39kg, berbadan kurus dan menggunakan pendakap gigi selain berambut panjang serta memakai baju tarian singa warna merah. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras pada 10.30 malam, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi Jumaat.
"Remaja itu (Yap) sebelum itu dilaporkan telah pergi berlatih tarian singa. Selepas selesai latihan, dia dikatakan tidak terus balik ke rumah, sebaliknya mengikut rakannya ke satu destinasi yang belum dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata Yap mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat badan 39 kilogram, berbadan kurus dan menggunakan pendakap gigi selain berambut panjang serta memakai baju tarian singa warna merah.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Tasnim Mohamed Nor 014-6209960.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yap Xin Yuan
#polis kajang
#tarian singa
#remaja hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan