awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mula persiapan sekatan PKPD di Hulu Langat

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/03/2020
15:16 MYT
Polis mula persiapan sekatan PKPD di Hulu Langat
Pelaksanaan PKPD di kawasan itu akan melibatkan hampir 4,000 penduduk merangkumi 700 unit rumah. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
Polis telah mula melakukan persiapan sekatan jalan raya melibatkan kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu sepanjang tempoh 14 hari bermula 30 Mac hingga 13 April.
Keputusan itu dibuat selepas terdapat 71 kes positif COVID-19 daripada penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.
Pelaksanaan PKPD di kawasan itu akan melibatkan hampir 4,000 penduduk merangkumi 700 unit rumah yang bertujuan untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke kawasan luar.
Bermula 30 Mac segala pergerakan keluar masuk dan urusan perniagaan tidak akan dibenarkan dan dihentikan sepanjang tempoh pelaksanaan itu dilakukan selain menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa lagi badan penguatkuasa bagi memperketatkan kawalan.
BACA: "Kami akur keputusan kerajaan" - Penduduk Sungai Lui
BACA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuat kuasa di Batu 21 - Batu 24 Sungai Lui
Sepanjang tempoh itu juga penduduk akan dibekalkan dengan makanan asas yang mencukupi menerusi saluran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penduduk yang mempunyai sebarang masalah boleh terus menghubungi di talian khas 03-89254809 / 03-89114200.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hulu Langat
#koronavirus
#Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
#Sekatan Jalan Raya
#Sungai Lui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan