awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mula siasatan terhadap hantaran Facebook penceramah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/03/2026
08:29 MYT
Polis mula siasatan terhadap hantaran Facebook penceramah
Polis Pulau Pinang telah memulakan siasatan terhadap laporan polis berkaitan hantaran Facebook seorang penceramah berhubung perhimpunan mengenai sebuah rumah ibadat kecil berdekatan sebuah hospital di negeri ini.
Polis Pulau Pinang telah memulakan siasatan terhadap laporan polis berkaitan hantaran Facebook seorang penceramah berhubung perhimpunan mengenai sebuah rumah ibadat kecil berdekatan sebuah hospital di negeri ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan laporan polis dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azizee meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berunsur provokasi atau membuat spekulasi yang boleh mencetuskan niat jahat dan permusuhan antara kaum di negara ini.
Pada masa sama beliau menasihatkan orang ramai tidak menyertai atau mengadakan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kacau ganggu atau menjejaskan ketenteraman awam masyarakat setempat.
Azizee berkata polis sentiasa memantau rapi perkembangan situasi itu dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat perlanggaran undang-undang oleh mana-mana pihak.
Semalam, Rayer membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut susulan hantaran penceramah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis pulau pinang
#siasatan
#hantaran Facebook
#penceramah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan