awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis musnah bom jenis artileri di Seri Iskandar

Bernama
Bernama
19/05/2025
14:48 MYT
Polis musnah bom jenis artileri di Seri Iskandar
Sebutir bom jenis Artileri 155 milimeter ditemui seorang pekerja tapak projek di sebuah kawasan lapang di Sungai Tumbuh, Bandar Universiti, Seri Iskandar semalam.
IPOH: Sebutir bom jenis Artileri 155 milimeter ditemui seorang pekerja tapak projek di sebuah kawasan lapang di Sungai Tumbuh, Bandar Universiti, Seri Iskandar semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata lelaki tempatan berusia 55 tahun itu menjumpai bom seberat 35 kilogram tersebut ketika menjalankan kerja-kerja rutin pada 8 malam.
Beliau berkata Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah digerakkan ke lokasi sebelum bom itu dimusnahkan dengan menggunakan teknik 'high-order detonation in situ' di tempat kejadian.
"Kaedah secara 'in situ' adalah bom lama yg dijumpai itu akan dimusnahkan di tempat asalnya...ketua UPB akan membuat penilaian dan keputusannya untuk bom itu diletupkan secara selamat tanpa berlaku kemalangan melibatkan nyawa," katanya.
Operasi tamat 9 pagi tadi dan siasatan lanjut mendapati kawasan berkenaan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom jenis artileri
#Polis Daerah Perak Tengah
#musnah bom
#Seri Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan