awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi video tular kanak-kanak didera berlaku di Terengganu

Bernama
Bernama
19/09/2018
07:30 MYT
Polis nafi video tular kanak-kanak didera berlaku di Terengganu
FAZLISYAM: Pihak polis juga telah memanggil bapa tersebut dan beliau telah mengesahkan bahawa kanak-kanak dalam video yang tular itu bukanlah anaknya. - BERNAMA/Fail
Video penderaan seorang kanak-kanak oleh seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bukan berlaku di Terengganu dan tiada kaitan dengan laporan polis yang dibuat seorang bapa yang kehilangan tiga anak baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fazlisyam Abd Majid berkata video yang berdurasi selama 1.07 minit itu menjadi tular di laman sosial dan WhatsApp yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipaksa oleh seorang lelaki untuk memanggil ibunya.
Katanya setakat ini, tiada laporan polis diterima mengenai kejadian cubaan culik kanak-kanak di Terengganu dan laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa pula didapati berpunca daripada perselisihan faham hingga menyebabkan isterinya membawa keluar tiga anak mereka dari rumah.
"Pihak polis juga telah memanggil bapa tersebut dan beliau telah mengesahkan bahawa kanak-kanak dalam video yang tular itu bukanlah anaknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis sangat memandang serius tindakan setengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dan orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak benar yang ditularkan di media sosial. -- Bernama
Topic Berkaitan
#dera kanak-kanak
#Fazlisyam Abd Majid
#media sosial
#Polis Terengganu
#Tular
#video viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan