awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nasihat persatuan pemandu teksi tidak timbulkan kekecohan di MYCC

Bernama
Bernama
23/10/2018
23:59 MYT
Polis nasihat persatuan pemandu teksi tidak timbulkan kekecohan di MYCC
Mazlan berkata pihaknya bersiap sedia dan akan mengatur tugas-tugas kawalan keselamatan serta lalulintas di kawasan yang terbabit. - Gambar fail
Persatuan pemandu teksi diingatkan supaya tidak melakukan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam semasa mengadakan perjumpaan di pejabat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) di sini, pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perjumpaan itu yang dikatakan bagi tujuan membincangkan isu perkhidmatan e-teksi seperti Grab pada pukul 11 pagi.
"Sebelum ini, kumpulan ini pernah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Parlimen pada hari Rabu lepas untuk membantah perkhidmatan Grab dan lain-lain isu tetapi dibatalkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mazlan berkata pihaknya bersiap sedia dan akan mengatur tugas-tugas kawalan keselamatan serta lalulintas di kawasan yang terbabit.
"Polis Kuala Lumpur juga menasihati agar mereka ini tidak membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam, ancaman keselamatan serta menghalang lalulintas. Polis akan megambil tindakan tegas jika perkara-perkara yang dinyatakan berlaku," katanya.
BACA: 'Jangan meroyan kalau orang pilih Grab dari teksi'
Ahad lepas, majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi menjadi kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekacauan
#kekecohan
#keselamatan
#lalulintas
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Mazlan Lazim
#MyCC
#Parlimen
#pemandu
#perhimpunan
#perjumpaan
#polis
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan